Sunday, April 12, 2009

fuh..

Warna putih memenuhi ruang pandangan. Lenguh leher kian terasa akibat mendongak telalu lama melihat syiling perpustakaan yang putih melepak. Idea yang dicari tetap tidak kunjung tiba. Pen ditangannya sudah diputarkan beberapa kali. Akhirnya, tangan dihempas keras ke meja.

“Argh… Aku fedup…”

Beberapa pasang mata di meja-meja berdekatan memandang tajam. Salah seorang daripada mereka menunjukkan signboard ‘TOLONG SENYAP!’ dengan senyuman sinis yang tak lekang dibibir. Alamak… Aku cakap kuat sangat ke… Kerusi plastik segera ditolak ke belakang. Kepala ditundukkan sebagai tanda memohon maaf.

“Maaf… Saya tak sengaja…”

Hanya dengan kata maaf. Keadaan kembali kepada sedia kala. Tiada pencemaran bunyi kedengaran. Hanya bunyi kipas berpusing memenuhi ruang perpustakaan awam. Buku rujukan di meja diselak beberapa kali. Masih lagi cuba memahami konsep Logarithm. Pen ditangan diputarkan lagi buat kesekian kalinya. Tetapi kali ini, pen biru stabilo itu terlepas selepas putaran kali ketiga dan melayang mengenai kepala budak lelaki dimeja hadapan. Alamak… Ramai-ramai orang kat sini kenapa pulak boleh kena budak signboard tu…

2 comments: