Tuesday, April 21, 2009

Artis... Artististik... Sebab..???

Artis berkarya based on 2 factors ajer… Menggambarkan impian, cita-cita, angan-angan yang tak mungkin menjadi kenyataan…. Atau… Menghasilkan sesuatu melalui perasaan yang lahir dari sanubari… kenangan, kejadian, insiden yang pernah berlaku pada sang artis…

“Orang kata tak nak tu maknanya tak nak lar…!!!”

Diri cuba menahan diri daripada menghamburkan kata-kata seterusnya. Kaki digerakkan menghala ke bilik tidur. Sweater berwarna biru langit dengan stripes merah jambu terang dibahagian lengan di atas katil single dicapai pantas. Half cap berwarna koko muda ditepi katil disarungkan ke kepala. Stoking stripes tiga warna di dalam almari di ambil pantas dan disarungkan ke kaki. Langkah terus diaturkan ke pintu rumah.

“Nak kemana tu..?” Suara abah di ruang tamu kedengaran.

“Keluar jap..”

Sport shoes berwarna hitam dengan tali pink di kenakan. Kaki terus memulakan langkah untuk berjongging sekeliling taman dengan harapan perasaan marah sebentar tadi akan pudar ditelan kepenatan kaki dan keletihan badan.

“Huf.. huf.. huf..” Nafas yang tadinya normal menjadi semakin pendek. Kelajuan diperlahan dan kaki mula dihalakan ke padang permainan. Buaian di tepi padang menjadi sasaran untuk mengembalikan nafas. Sambil menghayunkan kaki menolak buaian bergerak ke depan dan ke belakang, mata difokuskan kearah padang. Sekumpulan budak lelaki sedang bermain softball. Teriakan kawan sepasukan di tepi padang manambahkan semangat cleanup batter untuk membuat pukulan. Kiraan sekarang two strikes and two out dengan seorang pemain di base ketiga selepas safety bunt yang dilakukan oleh second and third batter. Hati turut berteriak swing batter swing mengikut jeritan budak-budak ditepi padang. Pitcher mula mengambil posisi. Satu fast ball dibaling. Cleanup batter menghayun aluminium bat dan… Bang… Homerun… Dua pemain berlari ke home plate dengan gembira.

Siang mula merangkak pergi. Game softball itu ditamatkan dengan keputusan seri 2-2… Buaian ditinggalkan dan kaki mula berjongging ke rumah. Benda-benda yang serabut kat kepala tadi… semua dah hilang… ada yang dibawa lari oleh kepenatan badan… dan ada yang dipukul pergi oleh homerun tadi. Sekarang, hati dah prepare untuk mintak maaf sebab tinggikan suara kat mama. Harap mama maafkan…

2 comments:

  1. NAk buat citer satu paragraph pown sampai kena buat research... Penat doh...

    ReplyDelete