Sunday, May 3, 2009

-1-

Warna putih memenuhi ruang mata. Lenguh leher kian terasa akibat mendongak telalu lama melihat syiling perpustakaan yang putih melepak. Dahi dah mula berkerut-kerut. Idea yang dicari tetap tidak kunjung tiba. Pen ditangan sudah diputarkan beberapa kali. Akhirnya, tangan dihempas keras ke meja.

“Argh… Aku fedup…”

Beberapa pasang mata di meja-meja berdekatan memandang tajam. Salah seorang daripada mereka menunjukkan signboard ‘TOLONG SENYAP!’ dengan senyuman sinis yang tak lekang dibibir. Alamak… Aku cakap kuat sangat ke… Kerusi plastik segera ditolak ke belakang. Kepala ditundukkan sebagai tanda memohon maaf.

“Maaf… Saya tak sengaja…”

Hanya dengan kata maaf. Keadaan kembali kepada sedia kala. Tiada pencemaran bunyi kedengaran. Hanya bunyi kipas berpusing memenuhi ruang perpustakaan awam. Buku rujukan di meja diselak beberapa kali. Masih lagi cuba memahami konsep Logarithm. Pen ditangan diputarkan lagi buat kesekian kalinya. Tetapi kali ini, pen biru stabilo itu terlepas selepas putaran kali ketiga dan melayang mengenai kepala budak lelaki dimeja hadapan. Alamak… Ramai-ramai orang kat sini kenapa pulak boleh kena budak signboard tu. Tangan pantas di angkat sekali lagi. Tanda memohon maaf buat kesekian kalinya.




Semua orang dah mula kemas barang. Lengan kiri diangkat untuk melihat jam tangan kecil bertali hijau. About time. Pen segera dimasukkan ke dalam pencil case hijau dengan gambar teddy bear dibahagian hadapan. Test pad dan buku rujukan Add Math dicampak ke dalam beg sandang yang juga berwarna hijau. Semuanya hijau. Orang yang tak kenal pun boleh tahu warna favourite aku. Hati mula gelak sendiri.

Loceng dari kaunter dibunyikan sekali. Tanda pemberitahuan masa tinggal lagi 5 minit sebelum perpustakaan ditutup. Beg sandang ditarik ke bahu. Kaki mula diatur melangkah ke arah pintu keluar. Dah penat. 2 jam terbang macam tu saja. Tajuk Logarithm tetap tak faham. Sneakers disarung ke kaki. Dah tak nak fikir tajuk Log. Malam ni nak concentrate subjek Biologi. Otak dah tak larat. Nak balik. Nak mandi. Nak tidur. Nak lupakan insiden memalukan tadi. Tak nak ingat muka budak signboard. Basikal mula dikayuh pantas.

No comments:

Post a Comment